bimillahirahmanirahim.
kekasih hati vs kekasih abadi.apa tu.jom baca cerita ini..
“Hmm.. Awak, pernah bercinta?” ku
tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.
“Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau
orang yang tak pernah bercinta,” ujarnya tanpa segan silu.
Kata-katanya itu membuatkan perasaan
ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang
lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan
perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang,
mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.
“Seriously? Tak tipu?” aku
berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.
“Iya. Buat apa saya nak tipu awak?”
“Wow! Kalau macam tu, story
lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dah couple?”
“No… No.. No… Saya lebih suka kalau
awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebut boyfriend sebab
saya ramai boyfriend tau..” ujarnya bergurau.
“Ish.. Tak sangka kan… Kamu ni
nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata,
alim-alim kucing? Eeee… Gatal……” usikku.
“Lah… Awak pun ramai boyfriend
cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa.”
Aik? Dikenakan aku semula. Loyar
buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak
memang kena dengan aku. Ishh……
“Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul
Iman bt Yahya oii… Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman…
Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun
pasal kekasih hati kamu tu?”
“Hmm… Ada lah… Cuma awak tu.. Sibuk
sangat bermesej dengan teman tapi mesra.”
Aku hanya tersipu malu mendengar
komennya.
“Awak ingat awak je rindu kat ‘atok’
awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish…
Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat ‘atok’ pun tak boleh challenge
kerinduan saya kot?”
“Aik… Ni macam dah lain dah ni?
Rindu, rindu… Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh
nak berpisah langsung dah ni.. Kan?” aku cuba mengorek dengan lebih mendalam
lagi.
“Bravo! You got 10 points for the
correct answer!” ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.
“Ish.. Seriously. Betul, kan
kamu selalu dating? Kan kan?”
“Saya serious lah ni…
Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergi dating
lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah… Eeee… Takut tau kalau kena marah.”
“Garang juga kan kekasih awak tu.
Nasib baik lah ‘atok’ tu reti merajuk je, tak marah-marah.”
Dia tersenyum nipis mendengar
kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. “Ha,
marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau… Dia sweet sangat. Hari tu
saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat,” ujarnya sambil
ketawa nipis.
“Hmm. Iya lah… Tapi kan Iman, kenapa
Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak
pernah pun nampak kamu SMS ke… Call ke… Pelik juga. Kamu ni saja reka
cerita eh?”
“Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak
pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca
surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya.”
“Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi
kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau
saya kenal….”
“Betul ni nak tau?”
“Iya… Mana tau nanti kita boleh keluar
sama,” ujarku.
“Allah.”
Aku terdiam membisu mendengar
kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di
sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.
“Mesti Shera terkejut kan kenapa
saya cakap macam tu?”
Aku masih terdiam. Terasa seperti
dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi…
“Tapi…. Tadi kamu kata dia call
lah, bagi surat cinta lah, marah lah…. Kamu cerita as if he is a man.
Tapi….”
Iman masih mengekalkan senyuman di
bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.
“Shera, setiap kali azan, setiap
kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak
‘dating’ dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet.
Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang
terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu
Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap
waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali
kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?”
Tiada kata yang dapat aku susun
untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya
ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.
“Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang
nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua
perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple…”
“Shera, awak nak tak suami yang
baik?” tanyanya lembut.
Aku mengangguk tanda ya.
“Kalau awak nak suami yang baik,
awak mesti jadi baik dulu, kan?” tanyanya lagi.
Sekali lagi aku mengangguk tanda
setuju.
“Jadi, apa kata sebelum awak
bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah
be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story
kita kan Allah yang tulis?”
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat
sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti… Jangan hanya berangan untuk
dapat satu pertemuan yang sweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet
dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love story kita akan menjadi sweet.
syukran kepada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan