![]() |
| sahabat yang sejati akan membawa kita ke syurga |
Bissmillahirahmanirahim...
Assalamualaikum,sahabatku yang dirahmati oleh Allah.
sahabat yang baik dan sentiasa menjadi muslimah sejati..
wahai sahabatku,
aku rindu akan dirimu.seorang yang sentiasa menjaga hubunganmu dengan Allah.yang sentiasa patuh akan ajaran Allah.yang sentiasa tegak mendirikan tiang agama.yang suka menjalankan ukhwah sesama ummah.aku rindu dengan sikapmu itu.
wahai sahabatku yang cantik manis,
kau ini sungguh manis orangnya.sungguh pemurah senyumannya.yang sungguh matang dalam memikirkan sesuatu.sunngguh bijak berkata-kata.
wahai sahabatku yang sejati,
aku mahu kau menjadi seperti Saiditina Khadijah yang sentiasa mencintai Islam dengan sepenuh hati,
aku mahu kau menjadi seperti Siti Hajar yang sentiasa sabar menghadapi dugaan yang menimpa,
aku mahu kau menjadi seperti Saiditina Aisyah yang sentisa malu akan melakukan sebarang kejahatan,
aku mahu kau menjadi seperti Fatimah Az-Zarrah yang sentiasa mencintai ilmu Allah,
aku mahu kau menjadi seperti Summayah yang teguh di dalam hatinya hanya Allah adalah tuhanku.
wahai sahabatku yang bijaksana,
ku titipkan surat ini buat kali terakhir buatmu.kau teruskan kehidupan ini dengan penuh sabar..sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.persahabatan kita tidak akan aku lupakan selagi Allah masih izinkan diriku dan dirimu.insya Allah,jikalau Allah izinkan kita bertemu semula di Jannah,akan ku sayang dirimu lebih lagi daripada aku sayang dirimu di dunia.
Akhir kata,aku sayang pada dirimu kerana Allah.Jaga hati,jaga iman ya sahabatku.semoga ku berjumpamu diri lagi nanti.
assalamualaikum..
yang benar,sahabatmu,
Zahrahtul-Jannah
..........
Fatimah tutup surat itu.air matanya jatuh ke bumi.tidak ku sangka inilah surat daripada dirimu,sahabatku.pergilah kau bersama-sama orang yang beriman di sana nanti.akan ku temumu di sana nanti...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan