Isnin, 29 Disember 2014

CERPEN-PERGILAH ANAKKU..





Hari ini,Najihah  masih terlantar di atas katil hospital ini.Mukanya pucat.sudah minggu Najihah terlantar di sini.Hatiku sayu melihat anakku.Dia dulu seorang yang sangat periang tetapi pada kali ini dia diam seribu bahasa.Aku menangis melihat anakku.Wahai anakku,ibu tidak sanggup melihat kau sakit begini.Kalaulah ibu boleh mengganti tempatmu,hanya kebahagianmu yang ibu mahu lihat wahai anakku.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terlantar sahaja di atas kalit begini .Anakku menghidap kanser perut tahap 3.Doktor menyarankan kepadaku untuk membuat pembedahan tetapi Najihah tidak membenarkan.katanya...
“ibu,Jihah tak apa-apalah.Ibu janganlah risau.Jihah kan kuat.Kalau buat pembedahan pun belum tentu kita akan sembuh kan ibu  kecuali dengan izin Allah.Jihah dah tahu Jihah dah tak lama didunia ni,ibu”
Kuat sungguh kecekalan dirinya.
Xxxxxxxxxxxxxx
Tanganku seperti ada orang menggerakkannya.Najihah dah sedar rupanya.Dia senyum.Luruh hati ku melihatnya.
“ibu,kenapa ibu sedih ni?tak mau sedih-sedih nanti tak cantik muka ibu tau.”aku mengelap air mataku yang berguguran jatuh dan senyum kepadanya.
“mana ada ibu menangis.ada habuk masuk dalam mata”aku berbohong kedapanya.maafkan ibu ya jihah.
“Jihah nak air.”dia mengangkuk.Aku menghulurkan air kepadanya.Najihah minum dan tiba-tiba Najihah terbatuk kuat.
“ibu,sakit ye tekak Jihah.Jihah tak boleh langsung minum air ini,ibu.”Najihah menahan kesakitan..aku mengambil cawan yang berisi air itu dan letakkannya di atas meja.muka Najihah nampak pucat.
“ibu,Jihah ada satu permintaan boleh tak?”mintanya dengan manja.Sudah lama aku tidak melihat dia bermanja bergini.
“boleh sayang.apa dia permintaan ye?”
“ibu,boleh tak Jihah nak jumpa ayah.Dah lama rasa ye Jihah tak jumpa ayah”aku terkejut dengan permintaan si anak.Bagaimana aku mahu menjawabnya kerana sudah lama aku tidak bertemu dengan bekas suami ku.
“insyahallah Jihah akan bertemu dengannya.”aku menjawab dengan serba salah.Najihah hanya senyum.Matanya kembali tutup.Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.Sudah masuk waktu solat Isyak.Aku bangun ke bilik air dan solat Isyak.Selepas berikan salam aku berdoa.
“Ya Allah Ya tuhanku.kau ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapakan sebagaiman mereka mengasihiku.Ya Allah yang Maha Berkuasa,kau ampunilah dosa anakku yang aku sangat sayangi.Sembuhkanlah dia daripada segala penyakit dan kau berikanlah kesihatan kepadanya.Ya Allah ya kol um.Sesungguhnya aku mahu melihat dia hidup sihat dan bahagia di dunia dan diakhirat Ya Allah.Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk untuk menunaikan permintaan anakku untuk berjumpa dengan ayahnya iatu bekas suamiku .Kau permudahkanlah urusanku.Berikanlah kesabaran untuk menempuhi segala rintangan ini.Robbana atina ftidunya hasanah wafil aahiratil hasanah wakina azabannar.amin ya rabbalalaminAir mataku menitis ke sejadah.Hanya itu yang mampu aku memohon untuk anakku.Aku terlena selepas solat dengan masih bertelekung ku di badanku.
Keesokkan paginya aku bersiap untuk pergi cafe di tempat rehat hospital.aku memandang najihah.Dia masih lena di atas katil hospital itu.Di cafe aku membeli air kosong dan bubur ayam dua.Sedang aku menolak pintu cafe itu,aku terpandang air zam zam.Rasanya sudah lama aku tidak minum aku.Aku segera mengambil sebotol air zam zam dan membayarnya.
Xxxxxxxxxxxx

“Jihah, bangun nak.Ibu ada beli bubur kegemaran  Jihah”Najihah membuka matanya.Dia senyum.
“wah macam sedap je ibu.sayang ibu,”Najihah memelukku.
“Bissmillahirahmanirahim...”tiba-tiba Najihah meminta plastik kosong untuk di luahkan makanan itu.Aku kehairanan.dia menolak bubuk itu ke atas meja.
“kenapa ini Jihah?Tak sedap ke bubur ni?”Aku merasa bubur.Tak masin sangat,tak tawar sangat.
“Jihah sakit tekaklah ibu.Rasa tak boleh tak telan apa-apa rasanya.Sakit sangat ni”Rasa seperti Najihah mahu menangis menahan kesakita di tekaknya.Pintu ditolak.Doktor Anas datang untuk memeriksa kesihatan Najihah.dia senyum.
“oh mak cik dengan cik Najihah sedang makan ye?Maaf mengganggu.Seperti biasa saya akan periksa cik Najihah”Aku mengangkuk.Aku membiarkan sahaja doktor Anas dan pembantunya menjalankan tugas mereka.
“oh.baiklah begitu.Kalau ada apa-apa sakit beritahu saya ye.Mak cik,boleh saya bercakap dengan mak cik sekejap di pejabat saya.”Hatiku berasa tidak rasa senang hati.Kakiku melangkah ke pejabat doktor Anas.
“silakan duduk mak cik.”Dengan muka yang tenang doktor Anas beritahuku.
“begini sebenarnya mak cik, kanser perut cik Najihah kali ni semakin teruk.Pihak hospital perlu membuat pembedahan dengan segera.Saya harap mak cik izinkan kami untuk membedahnya.”doktor Anas memberikan maklumat dengan tenang.
Astaurifllahalazim.Najihah!Anak aku.Aku segera keluar dari bilik doktor Anas dan pergi ke taman yang telah disediakan oleh pihak hospital untuk megambil angin.Sedang aku berjalan-jalan di sekitar taman itu aku ternampak seperti bekas suaminku.Apa yang di buat disini?Mungkinkah anaknya sedang sakit.Tapi kenapa dia memakai kot doktor.Barangkali dia telah berkerja sebagai doktor di sini.
“Firdaus?ini kamukah?”tegur aku kepada lelaki itu.
“ya saya.”dia menoleh belakang dan..
“eh,kamu Salmah bukan?”terkejut dia
“ya saya,Salmah.Apa yang awak buat dekat sini?”
“oh,saya kerja di sini sekarang.Apa pula buat apa disini?”Hati berat untuk menjawab soalan Firdaus.Mungkin ini adalah petunjuk Allah buat diriku untuk Najihah.
“Najihah sakit.Dia ada dekat sini.”
“Sakit!Ya Allah.Dia sakit apa sekarang?”tiba-tiba telefon ku berbunyi.
“Assalamualaikum.mak cik,saya doktor Anas ni.Boleh mak cik naik ke atas sekarang!”
Aku tutup telefon dan segera meninggalkan Firdaus
Xxxxxxxxxxxxxx
Hatiku berdebar-debar.Macam nak lari maraton sahaja.Doktor Anas keluar dari bilik Najihah.Bagaimana Najihah tidak bernafas tadi.Doktor Anas keluar dari bilik Najihah.
“doktor,bagaimana dengan anak saya?”
“sabar mak cik.Seperti yang saya maklumkan sebelum ini pihak hospital terpaksa juga membedah Najihah dengan segera.Badan cik Najihah seperti lemah sahaja.Saya harap mak cik bersetuju dengan kami”Doktor Anas senyum dan pergi menyambung kerjanya.Aku melangkah masuk dan duduk sisi katil.Terdapat wayar sudah dipasang untuk memudahkan Najihah bernafas.Aku menangis melihatnya.Najihah membuka matanya.
“ibu,Jihah tak apa-apalah.Ibu janganlah sedih.Allah kan ada untuk teman Jihah dekat sini.”Aku mengesat air mata.
“ibu,Jihah nak air zam zam tu boleh sebab bila Jihah minum air kosong rasa sakit sangat.May be jihah boleh minum air zam zam”Najihah cakap dengan bisik kepadaku.Aku mengambil cawan dan tuangkan air zam zam dan menolong najihah minum.
“Ya Allah.Sedapnya air ni,ibu.seperti minum air disyurga sahaja.Rasanya bukan seperti air zam zam ibu”Najihah minum air itu sampai habis satu cawan.Alhamdulillah.Sekarang ini dia boleh minun dah daripada air yang lain.
“ibu ada kurma tak.Jihah rasa nak makanlah,dah lama rasanya Jihah tak makan.”aku berfikir.Bagaimana aku nak cari buah kurma musim ni.Pintu ditolak.Oh,doktor Anas rupa.Dia membawa buah tangan.
“ini mak cik saya ada buah tangan ni.semalam saya ada beli buah untuk ibu saya dirumah,kebetulan saya nampak buah kurma ni.Jadi saya belilah untuk najihah.Lagipun buah kurma ni banyak khasiatnya.Ambillah mak cik.Bagi makan dekat Najihah.Mungkin dia mengidam nak makan ke.”gelak doktor Anas dan berlalu pergi untuk menyambung kerjanya.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Aku mengambil buah itu dan berikan kepada Najihah.Najihah makan dengan penuh berselera.Selepas itu Najihah sambung tidurnya selepas makan ubat.
Xxxxxxxx
Keesokan harinya ramai kawan nNajihah dari universiti datang melawatnya.Najihah nampak sungguh gembira walaupun mukanya nampak sungguh pucat.Selepas kawan-kawannya semua pulang aku masuk ke dalam bilik sambil membawa sebuku Al-quran kesayangan Najihah.Najihah meminta aku membawanya dari rumah.
“Jihah nak baca Al-quran ke?”
“taklah ibu.Jihah teringin sangat nak ibu mengajar Jihah hafal surah Ar-rahman.Dah lama Jihah nak hafal suruh ni tapi tak kesempaian.”Aku pun terus membaca surah Ar-rahman sehingga habis.Aku melihat Najihah sudah melelapkan mata.
Pada petang itu,doktor Anas datang seperti biasa untuk melihat Najihah tapi kali ini dia datang bersama Firdaus.Apa yang dia buat di sini.Doktor Anas hanya mendiamkan diri.Firdaus memengang tangan anakknya.
“anak ayah ni dah besar dah rupanya.maafkan ayah ya Jihah sebab selama ini ayah tinggalkan Jihah terlampau lama.”cakap Firdaus kepada Najihah yang sedang lena dibuai mimpi.Terdapat air mata menitis ke tangannya.Najihah membuka matanya.Air matanya mengalir.
“ayah,ayah tak perlu pun minta maaf dekat Jihah.Mungkin ada hikmah disebalik semua ni ayah.”balas Najihah.Air mataku jatuh juga.Tidak tahan aku melihat Firdaus dan Najihah yang terlalu merindukan ayahnya.Semenjak berjumpa dengan ayahnya,Firdaus,Najihah semakin ceria dan banyak bercakap pada kali ini.Hatiku gembira melihat Najihah.Semoga kecerianmu sampai ke syurga,anakku.
Pada suatu malam,badan Najihah semakin lemah.Kanser perutnya semakin teruk.Aku takut kehilangan senyuman Najihah lagi.Najihah sering berkata perutnya seperti mahu meletup sahaja.Sakitnya hanya dia dan Allah saja yang tahu.Doktor Anas terpaksa menyerahkan borang pembedahan kepadaku untuk mempersetujuinya.Yang pasti Firdaus sudah tanda tangan borang ini.Dengan berat hati aku ...
“ibu..Jihah tak perlukan pembedahan pun.Jihah rasa Jihah akan pergi berjumpa Allah terlebih dahulu ,ibu.Sakit ni hanya sementara ibu.Allah kan ada untuk sembuhkan Jihah bila-bila masaIibu jangan risau.Ibu jangan sedih.Jikalau Jihah pergi dulu berjumpa Ilahi,Jihah doakan kita berdua masuk sama-sama dalam syurga Allah.Jikalau Jihah pergi dahulu berjumpa Illahi,Jihah akan tunggu ibu di pintu syurga.Jihah tahu selepas waktu solat ibu selalu doakan Jihah  untuk sembuh.Jihah tahu selepas solat pasti ibu akan menangis kerana Jihah.J ihah rasa gembira ibu.Jihah rasa sedih ibu.Terima kasih kerana sudi jaga Jihah selama ini ibu...”Air mata aku mengalir dengan lebat.Ya Allah,kau tabahkan hatiku ini.Kuatkan semangat aku ini untuk menumpuhi segala rintangan ini.
Pada subuh itu,Najihah megejutkan aku bangun untuk solat subuh.Selepas selesai solat ,Najihah pegang tangan aku dengan penuh erat.Aku merasakan sesuatu yang hendak Najihah luahkan kepadaku.
“ibu..maafkan salah silap Jihah selama ini ya ibu.Halalkan makan minum dan susu ibu selama ni ya ibu.Terima kasih ibu kerana sudi melahirkan Jihah kedunia ni,ibu.Terima kasih ibu kerana sudi menghantar Jihah ke sekolah sampai Jihah berjaya, ibu.Terima kasih kerana sudi menjaga Jihah selama ni,ibu.Terima kasih kerana telah memberikan Jihah kasih sayang yang tidak terhingga.
Ibu..terima kasih kerana sudi menunaikan permintaan Jihah selama ini iaitu berjumpa dengan ayah.Jihah gembira sangat.Jihah harap ibu dan ayah dapat kembali balik seperti suami isteri yang lain.Jihah tak nak ibu hidup bersendirian selepas Jihah dah tak ada.Hanya itu sahaja yang Jihah harapkan untuk ibu bahagia.
Betul cakap orang ,pengorbanan seorang ibu tidak ternilai hatinya.Jihah rasa,Jihah lah yang paling untung sekali didunia ni kerana ada seorang ibu yang sungguh baik.Redhakan pemergian Jihah nanti ya.Jihah sayang ibu sampai bila-bila..”Najihah mencium tanganku dan peluk ku seerat-eratnya.Najihah berbisik kepadaku
“ibu..Jihah sayang ibu sampai bila-bila.”Najihah cium pipiku beberapakali.Najihah baring kembali ke tilamnya.Tepat pada hari Jumaat pada pukul 8:35 pagi,Najihah menghembuskan nafas terakhirnya dengan bantuan mengucap daripada ayahnya,Firdaus.Air mata aku mengalir.Anakku yang aku lahirkan telah pergi meninggalkan aku.Tidak akan ada lagi gurau sendamu,senyuman,manjamu lagi wahai anakku.Akan ibu rindu dengan mu selepas ni.Ibu redha dengan pemergian kau,anakku.Kau pergilah wahai anakku berjumpa Ilahi.Akan ibu kenangmu sehingga hayat ibu sudah tiada..
Tamat...
Ibu,ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu.
Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan