Rabu, 9 Disember 2015

Cerpen-Mujahadah cinta-part 4

oh,awaklah adik irfan adli ye?salam perkenalan.saya Muhammad alif najmi.awak boleh panggil saya najmi pun tak pe” najmi menghulurkan tangan tanda sebagai persahabat dan khairul menyambutnya.
“saya Muhammad khairul syaffie.awak boleh panggil saya khai.abang saya ada cerita mengenai awak dan misi kita pada hari ni”
“ouh.baguslah.jikalau begitu,mari saya memperkenalkan semua  ajk yang akan membantu bersama-sama dalam menyelesaikan misi ini..mari”
Najmi memperkenalkan semua ajk yang berada situ.
“assalamualaikum.ustaz najmi dan….”
Apasallah kau ada dekat sini.ish! sabo jela.degus awatif dalam hati
“waalaikumusalam ustazah awatif.nilah adik akhi irfan.kenalkan khai,ini ustazah awatif.dia penolong ketua program ni.”najmi memperkenalkan awatif kepada khai.
“oooh.nama kau awafit ye?hehehe..siaplah kau nanti”kata khairul dalam hati
“eh,abang syaf pun ada?kenapalah tak pergi sama-sama tadi.?hahaha”sampuk niza
Apabila sesi suai kenal antara semua ajk program pada hari itu,mereka semua memulakan misi mereka terhadap semua para khalifah.
******
Semasa waktu rehat,khairul dan najmi bersama-sama beberapa orang ajk program berbual-bua sementara menunggu azan zohor masuk.tiba-tiba,datang seorang pelajar lelaki datang ke arah khairul.
“assalamualaikum abang khai.boleh saya bercakap dengan abang sekejap dekat taman sana?saya ada perkara nak cakapkan dengan abang”
“ouh boleh sahaja dik.sebentarnya.”khairul meminta izin untuk bereda  kepada kawan-kawannya.
“mari dik.kita borak-borak dekat pondok sanalah.selesa sikit”mereka berdua menuju ke pondok yang terletak tidak jauh dari surau.
“baiklah.apa yang adik mirul nak bincangkan?abang setia mendengarnya.”khairul memulakan berbualan terlebih dahalu.muka mirul seperti gelisah dan pucat.
“abang,betulkah Allah masing sayangkan saya?”suara mirul perlahan dan serak seperti mahu menangis.
“abang,saya dah tak tahan.kenapa saya yang kene?tak boleh ke orang lain?”
Khairul masih terus membisu dan mendengar.
“abang,tahap barah saya makin teruk.saya tak kuat,bang.mak ayah selalu risaukan saya.saya bukan orang senang.ayah saya seorang nelaya.ibu saya suri rumah.mereka tak mampu nak bayar pembedahan saya.kenapa saya,abang?”akhirnya air mata mengalir dengan derasnya.mirul tidak tahu apa lagi yang mahu dikata.perasaannya tidak dapat diluahkan lagi dengan perkataan.khairul memeluk mirul.
“menangislah dik.luahkan apa yang ada di hati adik tu.tak pe.abang sentiasa ada dengan adik.”khairul mengusap-ngusap belakang badan mirul.
Selepas 5 minit,
“adik,Allah sentiasa sayang dengan kita.mari kita ke surau.Allah dah panggil kita.”khairul menghulurkan tangan dan mirul menyambutnya.
******
Seperti biasa,selepas membaca doa,pasti ada sedikit tazkirah yang akan oleah iman.tetapi kali ini khairul yang akan memberikan tazkirah.ramai para peserta bertepuk tangan dan bersorak riang.
“assalamualakum wtb semua.kita mulakan majlis dengan surah al fatihah dan selawat kepada nabi”khairul memulakan tazkirah dengan pembuka majlis.
“baiklah.kali ini abang nak tanya sesuatu dekat adik-adik semua.siapa dekat sini anak yatim piatu ataupun miskin?angkat tangan sikit.tak pe.jangan malu.abang ada hadiah buat adik-adik nanti.yang penting jujur yer.kalau tak,adalah yang kene lepas program nanti.hahaha”
Terdapat beberapa peserta pelajar yang mengangkat tangan.
“baiklah.nanti jumpa abang selepas ini ye.baiklah.tazkirah abang pada hari ini mengenai “ADAKAH AKU REDHA SELAMA INI?maksud redha ialah menerima dengan berlapang dada tiap apa yang Allah berikan dan ketentuan kepada kita.eh,dengar macam senangkan tapi susah sangat kita nak redha.betul tak?jangan tipu.kita buka malaikat.abang pun pernah tak redha.adik nak dengar satu cerita tak?”
Semua peserta seperti setuju dengan ajak khairul.
“ceritanya begini.pada suatu hari ada seorang lelaki.lelaki tu ada adik perempuan.comel orangnya.mereka berdua rapat sangat.si abang masih bersekolah menengah dan adiknya masih tadika.setiap kali pulang ke rumah,si abang pasti akan belikan sebiji gula-gula di koperasi.dan apabila sampai dirumah,si adik pasti akan menyambut kepulangan abangnya dengan wajah yang ceria.tidak pernah si adik bermuka masam apabila menyambut kepulang abangnya.
Apabila waktu malam,pasti akan ada agenda lawak mereka bagi menceriakan keluarga mereka.pada suatu hari,si adik sakit kepala dari pagi sehingga petang.ibu mereka membawa si adik ke klinik untuk membuat pemeriksaan.doktor mengdianognisis bahawa adik telah menghidap penyakit kancer otak tahap 1.selama 2 minggu adik telah ditahan di hospital.hampir setiap hari si abang akan melawat si adik di hospital pada setiap petang jika tiada kelas tambahan.alhamdulillah,kesihatan si adik semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
Seperti biasa aktiviti mereka berdua dipenuhi dengan gelak ketawa dan ceria.pada suatu hari,ketika si adik sedang membuat kerja sekolahnya,darah tiba-tiba keluar dari hidung.ibu yang sedang  menolong si adik membuat kerjanya terkejut dan terus mencuci hidung si adik.ketika pulang dari sekolah seperti biasa,si adik pasti akan menyambut kepulangan adiknya dan si abang pasti akan menghadiahkannya sebiji gula-gula.kali ini senyuman adik menyambut kepulangan abangnya lebih manis.lebih ceria.lebih comel. ketika mereka berdua menuju ke ruang tamu,tiba-tiba si adik jatuh rebah.si abang terus mengangkat si adik ke sofa dan memanggil ibu mereka.
Selepas  30 minit pemeriksaan doctor,doctor Amri memanggil seluruh keluarga si abang ke dalam bikilnya.akhrinya doctor amri memulakan perbicaraan.
“begini tuan puan ,saya sebenarnya berat saya hendak beritahu masalah kesihatan anak tuan dan puan.”suara doctor amri tenang sahaja seperti sudah biasa menghadap situasi begini.ayah dan ibu hanya redha atas apa yang akan diperkatakkan oleh doctor.
Selepas selesai urusan dengan doctor amri,si abang terus ke wad yang di mana si adik sedang terlantar sakit.si abang memengan-mengan tangan si adik.diusap-usap rambut si adik.dan berbisik sesuatu di telingan si adik.
“adik,adik kene kuat tau.adikkan nak kuat macam abang.so,adik kenelah kuat lawan.adik,abang tak sanggup kehilangan adik.adik tahu tak,setiap hari,bila nak balik rumah,abang pasti tak sabar-sabar nak jumpa adik.adik,kenapa selama ni adik tak pernah cakap dekat abang yang adik selalu sakit kepala.kenapa tak bagitahu?kalau tak,tak delah adik masuk wad macam ni.adik,adik kata adik takut duduk hospital kan.so,adik kenelah keluar cepat dari sini.nanti bolehlah kita main masak-masak sama-sama.adik,bangunlah.bangunlah..abang tak sanggup kehilangan adik”
Tepat pada 2;30 petang hari Jumaat 12 april 20xx,akhirnya, adik telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.doktor mengesahkan bahawa jangka hayat adik adalah sangat nipis kerana kuman telah merebak ke jantung.akhirnya,berdukalah seluruh ahli keluarga si adik itu.
Selepas pengembumian arwah si adik,ibu telah member sebuah kotak kecil kepada si abang.maka,si abang pun membukanya.di dalam kotak itu terdapat sebuah lukisan seluruh ahli keluarga mereka yang sedang berpengangan tangan di sebuah taman.selain itu,terdapat sebuah anak patung teddy bear kecil.si abang akhirnya menangis kerana terlalu rindu terhadap adiknya dan segala memori indah bersama si adik.selepas kematian si adik,sifat di abang sudah berubah.tidak seceria lagi seperti dulu.setiap malam pasti akan terdengar tangisan air mata dari bilik si abang.kini,si abang sudah berputus asa dengan hidupnya.
Selepas 2 tahun berlalu,ketika si abang berada di sebuah masjid,datang seorang lelaki yang berjubah putih dan berserban menegur si abang.
“nak,redhalah terhadap apa yang Allah telah tetapkan .pak cik tahu,susah untuk kamu nak redha.tapi percayalah,redha itu satu nikmat.masa yang lalu jangn dikenangkan tapi ambilah pengajaran dari masa lalu.jadi masa ini satu peluang yang besar buat diri kita.jangan buangkan masa dengan perkara yang sedih sahaja…nak,Allah sentiasa ada dengan kita selalu.pergilah nak.Tuhan sedang menunggumu.”
Akhirnya,pak cik itu pun pergi meninggalkan si abang keseorang di pintu masjid.
*****
“hah tulah ceritanya....”
“eh.takkan tu je abang khai?”tanya seorang pelajar lelaki.
“la..sabar ye dik.abang nak sambunglah ni.semput sekejap bercerita tadi”balas khairul.seluruh pelajar di dalam masjid itu tergelak dengan jawapan khairul
*****
Selepas pak cik itu meninggalkan si abang,dia terus ke tempat wuduk dan mengambil wuduk.kali ini wuduknya lebih tenang dan sejuk.selepas itu,si abang masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat taubat dan tahajjud dan memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan.”
****
“THE END.dah habis.so,apa yang adik-adik dapt dari kisah tadi.?”khairul menyoal sorang demi seorang yang berada si situ.
“hah pelajar yang duduk di sebelah tiang tu.apa yang kamu dapt dari kisah ni”khairul menyoal soalan kepada mirul
“saya rasa,tak semua harta,benda,kesihatan ataupun segalanya di dunia ini milik kita.semuanya milik Allah .ingatlah bahawa,bila-bila masa pun Allah boleh ambil bali nikmat kepunyaan kita semua.”jawab mirul.khairul hanya tersenyum dengan jawapan mirul
“betul semua jawapan kamu semua.alhamdulillah.disebalik sesuatu ada sesuatu.baiklah,kita tutup majlis dengan tasbih kafarah.
*****
Selepas berjumpa dengan pelajar miskin dan anak yatim piatu,khairul pergi ke arah mirul yang sedang duduk disebuah bangku.
“assalamualaikum mirul.boleh abang duduk sini”
“waalaikumusalam”khairul ternampak mirul seperti sedang menangis.
“la..kenapa pula menangis ni?dah dah.tak mau nangis.tak macholah.aduh,nanti susah abang nak pujuk mirul”khairul cuba memujuk mirul.
“hahaha..abang ni nak pujuk ke buat lawak?”mirul tiba-tiba gelak.
“eh eh eh budak ni.aku tanya dia gelak.sabo jelah.”khairul luah dalam hati.
“ish kamu ni.abang hempuk satgi kan.lebam pulak biji mata ni”
“ish abang ni.garang bebonar sungguh nian hahaha”mirul kembali ceria.akhirnya mereka bergelak ketawa bersama –sama.
Selepas sahaja tamat program itu,niza meminta izin untuk pulang bersama-sama abangnya  kepada awatif.
“kak awatif.terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput niza sertai program ni.kalau ada masa nanti kita jumpa lagi ye.”niza bersalam bersama awatif dan semua ahli-ahli wanita program tersebut.
“insyaallah niza.kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.”
“hoi niza!cepatlah sikit.abang dah penat ni”jerit khairul di kereta.
“ish abang syaf ni.tak reti menyabo sungguh.aish,nasiblah siapa yang dapat isteri dia ni.”luah niza kepada awaif.awatif hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik ini.
“sabo cik abang oi!beta tengah bercakap dengan bakal isteri kamu ni.hahaha”
“ish niza ni.suka hati je.”
“alaa akak awatif ni.shy-shy cat pula.tahulah suka.”niza cuba mengusik awatif.
“hoi budak kecik.cepatlah!!”khairul sudah naik angin.
“yela yela.saya pergi dulu ye kak.assalamualaikum.”niza akhirnya menuju ke kereta.
“ish kau ni.abang dah la penat”sambil memandu sambil membebel khairul dibuatnya.niza hanya memekakkan telinganya dan akhirnya tertidur juga dengan bebelan abangnya.
“bertuah punya budak.penat aku berceramah,kau tidur.kan ada juga yang kene campak dekat jalan raya ni juga.”
Ring ring.ring ring.telefon khairul berbunyi.
“hello assalamualaikum.”suara orang di sebelah sana.
“waalaikumusalam bro.ni akulah.aizad”
“ouh.kau rupanya.kenapa?’
“kenapa kau cakap.kau ingat tak perempuan yang kau nak jumpa hari tu?”
“budak perempuan mana ni?”
“alaa..budak perempuan yang kau nak jumpa pukul 10 tu.kau tahu tak,hari ni dah masuk 4 kali dia maki hamun aku tau sebab kau tak nak jumpa dia.”
“wei wei.aku tengan drive ni.kau ni pun agak-agaklah nak marah pun”
“eh,kau tengah drive ye.hehehe..manalah aku tahu”
‘sabar jelah dengan aizad ni’
“nanti aku balik rumah,kau bagitahulah.aku nak hantar niza dekat rumah ni”
“niza ada.wah,kirim salam dekat dia ye.”
“cakap jela kau suka dekat adik aku.”
“malu la..”
“wek wek.geli aku dengar.oklah.aku tutup dulu.bye.assalamualaiku.”
“waalaikumusalam.bye.kirim salam tau”
‘ish,gatal pula aku dengan perangai aizad ni.khairul memberhentikan keretanya ke stesen minyak.
“siapa yang kirim salam?”satu suara sedang bertanya kepada khairul.khairul memandang niza dan….

Bersambung.

Selasa, 17 Mac 2015

CERPEN-MUJAHADAH CINTA-PART 3



“aaa..penatnya hari ni..”kata khairul yang baru lepas habis kelasnya.telefonnya berbunyi
“abang syaf,balik rumah sekarang!!!penting sekarang”.dup,dap,dup,dap.
“kenapa?ade ape2 yang berlaku ke?”khairul sudah cemas.
“balik jelah.cepat sikit!assamualaikum….”niza menamatkan perbualan.khairul dengan segeranya naik ke tingkat atas untuk mengambil beberapa helai baju untuk dibawa pulang ke rumahnya.Aizad yang sedang leka  bermain PSP ternampak khairul seperti tergesa-gesa sambil membawa beg besar menuju ke pintu rumah.
“khai,kau nak pergi mane?Dah malam ni.Kau nak keluar dengan beg besar ni kenapa?”soal aizad.
“aku nak balik rumah sekejap.Niza call aku tadi ade kecemasan.Okeylah.Aku pergi dulu.Assalamualaikum.”balas khairul.Khairul menghidupkan engine keretanya dan terus menuju ke seremban untuk pulang. ‘harap-harap tak de ape2 yang berlaku.amin’..
****
Di dalam bilik,Awatif sedang semak senarai nama yang akan menyertai program pada hari rabu ini. ‘Alhamdulillah,kali ni ramai peserta yang nak ikut program ni.’sedang awatif leka terhadap kerjanya,ada panggilan masuk di telefonnya.Awatif menekan punat hijau untuk menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum w.t.b..ni akak awatif ke?”soal orang di sana
“waalaikumuasalam w.t.b.ya saya.ini niza ke?”
“ye kak.ni niza.akak,macam mane dengan hari rabu ni?boleh ke niza jadi fasilitator?Niza risaulah takut ketua akak tak bagi?”
“em.itu niza jangan risau.Akak dah bincang dengan ketua akak yang niza boleh join jadi fasilitator.tapi ada bayaran sikitlah untuk pendaftaran yer.”
“okey.Nanti kita jumpa tau kak.Akak,niza nak tanya sikit boleh?Ape pendapat akak terhadap abang syaf.assalamualaikum.”cepat-cepat niza mematikan perbualan di dalam telefon.
“waalaikumusalam w.t.b”awatif menekan punat merah. ‘kenapa niza tanya soalan tu ye?peliklah.’berteka-teki pula awatif bersendirian.Awatif meneruskan kembali kerjanya yang tergendalai.Selepas 2 jam mengadap laptopnya,Awatif mengambil telefon dan membuka whatsapp.ada 50 sms whatsapp yang  masuk.Tiba-tiba sms baru masuk.sms daripada najmi
-Najmi ElDaie-assalamualaikum w.t.b.ustazah awatif sudah siapkan jadual program kita hari rabu ni?kalau sudah siap,boleh tolong emailkan untuk ana.ana mahu tengok senarai nama yang pergi.Lagi satu,abang Adli tak dapat datang atas urusan peribadanya.So,adiknya akan ganti.Dekat sana ana bagitahu.
-W.Awatif-Waalaikumusalam wtb.alhamdulillah,ana sudah siapkan.Esok pagi ana emailkan.Tentang akhi Adli,okey.
-Najmi ElDaie-Baiklah.Syukran jazilan.Assalamualaikum.
-W.Awatif-Afwan.waalalaikumusalam.
Jam sudah menunjukkan 10.15 malam.awatif menyimpan laptopnya ke dalam begnya.awatif menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.dia mengambil telekung dan sejadah untuk solat isyak dan hajat .selepas 15 minit,awatif berdoa kepada Allah agar urusanya pada hari rabu ini berjalan dengan lancer.
*****
Khairul masuk ke dalam biliknya dan terus baring di atas katilnya. ‘wah,sedapnya dapat baring.rindu yerrr ngan katil ni’ cakap khairul sorang-sorang.Pintu biliknya dibuka oleh abangnya,Irfan.
“syaf,abang nak tolong dengan syaf sekejap boleh tak?”irfan duduk di sisi katil khairul.khairul segera bangun dari pembaringannya kerana menghormati abangnya.
“boleh…tapi ada upahlah.hahaha..”gelak khairul dengan kuatnya.irfan menunjuk sebiji penumbuk kepada khairul.terus khairul minta maaf kepada abangnya.
“tak ikhlas!cakap jelah tak nak tolong”irfan  merajuk.tergelak khairul dibuatnya.
“hahaha..abang ir ni kelakarlah.merajuklah.kita tak kisah pun.merajuk macam perempuan.rasanya kalah niza rasanya..hahaha..”ejek khairul lagi.Tiba-tiba niza marah dimuka pinta bilik khairul.
“ABANG SYAF!!! Jahatlah abang syaf ni.abang ir,geletek je abang syaf tu.”marah niza lalu pergi masuk ke biliknya yang bersebelahan bilik khairul.terus saja irfan geletek adiknya itu,khairul, kerana kenakalannya.akhirnya khairul menggangkat tangannya yang menunjukkan  dia menyerah kalah.
“ok.ok.dah.syaf kalah.ape dia nak mintak tolong?”
“abang nak kamu tolong gantikan abang hari rabu ni boleh?”
“hari rabu ni?kenapa?abang nak jumpa mak we ye?hahaha”terus saja irfan membalik bantal ke muka khairul.
“bukanlah.abang ada program lain dekat KL lah.abang dah bagitahu ketua abang yang kamu akan ganti abang hari rabu ni.dia cakap okey je.”
“aip,jap,jap.macam mane dia cakap boleh?dia tahu ke yang syaf ada pengalaman?”
“abang bagitahulah.syaf dulukan presiden pelajar dekat UKM.so abang ceritakanlah dekat dia.amacam?okey tak?”irfan menunjukkan tanda bagus.
“oo..syaf pun tak de ape2 program hari rabu ni.siapa ketua abang tu?”
“najmi.Muhammad Alif Najmi.dia sama umur dengan syaf.nanti abang bagi nombor fon dia kat syaf ye.okeylah.abang cau dulu.”irfan keluar dari bilik khairul ‘kenapa macam aku pernah dengar je yer nama najmi tu ye.em..ape2 jelah.perasaan aku je kot.’khairul sedang teringat peristiwa sebentar tadi sewaktu dia sampai ke rumah.
sampai sahaja dirumah,khairul terus melulu masuk ke dalam rumah.dia hanya ternampak daddynya,abang irfan dan niza sahaja di ruang tamu. ‘mane mummy?mane mummy?’hati khairul seperti mahu berlari sahaja.
“kenapa semua ade dekat sini?mane mummy?kenapa muka semua ni muram ni?ade ape2 perkara yang berlaku ke?”soal khairul kepada semua yang ada di ruang tamu itu.
“niza,cepatlah cakap!marah khairul.terkejut niza dengan amarah abangnya.tiba-tiba daddynya gelak.selepas itu diikuti irfan dan niza.khairul menunjukkan  muka kehairanan.
“syaf,kalau ye pun bagilah salam sebelum masuk tu.”kata irfan sambil mengajak khairul duduk di sebelahnya.terus sahaja duduk di sebelah abangnya.encik farid terus memulakan perbincangannya terhadap ketiga-tiga anaknya.
“macam ni,daddy nak buat surprise untuk mummy minggu depan sempana hari anniversary mummy dan daddy yang ke 31.macam mane?kamu semua boleh tolong daddy tak minggu depan?”terang encik farid.selepas 1 jam mereka berbincang,mereka semua berpakat untuk buat kejuatan untuk mummy mereka.selepas itu,encik farid naik ke atas untuk tidur.maka tinggallah tiga adik beradik tu di ruang tamu.
“niza!apasal telefon abang macam ade banda tak kene je tadi.tahu tak bahaya malam2 ni”khairul marah kepada niza.niza menundukkan pandangnnya ke lantai.irfan menggosok belakang khairul.
“syaf,abang yang suruh niza buat macam tulah.nilah waktu yang paling sesuai untuk kita bincang pasal daddy ngan mummy.abang nak syaf balik malam ni juga sebab abang dah rindu dengan kenakalan syaf ni.jangan marah niza lagi ye”pujuk irfan.khairul terus meminta maaf kepada niza kerana salah faham dirinya.
“tak pelah abang syaf.niza faham.”akhirnya mereka bertiga bergelak bersama-sama sehingga lewat malam.
****
“abang syaf,hanis nak tanya boleh?” khairul hanya senyum
“boleh sayang abang ni.insyaAllah abang jawab semua.”
“abang syaf sayang hanis tak?”khairul hanya gelak.
“mestilah sayang.hanis nikan adik abang.semestinyalah abang sayang hanis.”khairul memeluk adiknya yang berbadan kecil itu.
“abang syaf,hanis pergi dulu ye.”kelibat hanis semakin hilang.khairul terkejut.
““jangan..!!!jangan tinggalkan abang Syaf, Hanis.” Terus khairul bangun dari mimpinya.khairul memegang pipinya.ada air mata yang mengalir.khairul melihat jam di dinding.sudah pukul 5 pagi.khairul segera mengambil tualanya dan mandi.selepas bersiap,khairul turun ke tingkat bawah.dia melihat kawan-kawanya tidur di depan tv. ‘ni mesti tengok bola malam tadi ni.’khairul melihat jam. ‘ Ya Allah.dah masuk waktu subuh ni.’ Dengan segera khairul mengejutkan kawan-kawannya dari berbuai mimpi.selepas solat berjemaah,Izzat memberikan sedikit tazkirah subuh pada pagi itu.
“korang nak tahu tak orang lelaki muda sekarang susah sangat nak solat subuh berjemaah lagi-lagi dekat masjid atau pun dekat surau.” Yang lain semua bersetuju dengan kata Izzat.
“sepatutnya kita mesti berasa malulah dengan pak cik-pak cik yang dah berusia tu.walaupun mereka semua dah tua,mereka tetap solat subuh berjemaah hari-hari.yang kita ni,umur masih muda pun malas nak solat .muhasabahlah diri ni”Izzat menamatkan tazkirahnya dengan tasbih kifarah.mereka semua melipat sejadah masing-masing.
“Khai,kita semua ada belikan kau pizza semalam.kita orang ingatkan kau nak balik sini semalam.kalau kau nak,panaskanlah dulu.”kata aizad.khairul hanya senyum ‘alhamdulillah.terima kasih Allah sebab kurniakan aku sahabat yang sayang padaku’
“terima kasih semua.tulah,aku terpaksa tidur 2 hari kat rumah mummy hari tu sebab dia rindu sangat kat aku.wei,lupa pulak,mummy kirim salam kat korang semua.dia ada suruh aku bagikan buah untuk korang.”balas khairul.yang lain menjawab salam ibu khairul.
****
“ummi,abi,atif pergi dulu ye.”awatif menyalam tangan kedua ibu bapanya sebelum bertolak ke tempat misinya.awatif menuju ke keretanya.awatif memulakan perjalanannya dengan lafaz basmalah.sebelum itu,awatif ke seremban dahulu  untuk mengambil niza dari rumah.selepas 1 jam membawa kereta,akhirnya mereka berdua sampai juga ke tempat destinasi mereka untuk menyebarkan sayap dakwah,Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,negeri Sembilan.awatif mengeluarkan barang-barangnya dari kereta.begitu juga niza.awatif ternampak najmi sedang berbual-bual dengan seorang lelaki.niza dan awatif menuju ke arah mereka berdua.
“assalamualaikum.ustaz najmi dan….” Awatif dan niza terkejut.begitu juga lelaki yang berada di sisi najmi.
Bersambung…

Sabtu, 14 Mac 2015

CERPEN-MUJAHADAH CINTA-PART 2-

“wah,banyak yer buku al-ustaz ni.Keluaran terbaru pun ada.Nak beli berapa ye untuk abi?..”sedang Awatif membelek buku-buku itu,terdapat seseorang menyapanya dari belakang.
“Waalaikumusalam…”Awatif menjawab.. ‘eh,ni bukan budak sombong ni tadi ke?Ape hal pulak lah dia kat sini..?’
“Buat ape tu?”Khairul bertanya.Dia pun membelek buku yang berada di tangan Awatif.Dengan cepatnya Awatif menarik buku yang berada di tangannya supaya tidak tersentuh dengan tangan Khairul. ‘ish dia ni.Suka hati dia je nak belek buku aku.Punya banyak buku kat sini.’marah Awati dalam hati.
“Tanam jagung kat kampung.Kenapa?Nak tolong..” Awatif menjawab.Terasa kurang ajar sikit .cepat-cepat Awatif berzikir dengan percakapannya sebentar tadi.
‘ush,tersentap aku.Yang aku tanya soalan bodoh ni dah kenapa?Sah-sahlah dia nak beli buku tu..’bentak hati Khairul.
“Saje tanyer.Bak sini buku tu.”minta khairul.Muka Awatif berubah. ‘ape kene dengan dia ni.tiba-tiba pulak mintak buku ni.’
“Nak buat ape?”Awatif membalas.Dengan pantasnya Khairul mengambil buku yang berada di tangan Awatif.adalah juga dalam 5 buah malajah Islamic yang Awatif mahu beli.
 “Nak bayarkan lah.Tak kan aku nak jual balik dekat tuan kedai ni.Fikir pakai otaklah.hahaha..”terus Khairul pergi ke tempat pembayaran untuk bayar bukunya dan awatif.Tercengan Awatif dibuatnya.Tiba-tiba telefon Awatif berbunyi.Awatif menjawab panggilan dari orang di sana.
“Assalamualaikum Farah.sihat?Kenapa telefon ni?”
“nak join program hari isnin ni?Okey.nanti ana bagitahu Najmi yang Farah nak join program ni, okey.maklumat nanti ana bagitahu.”
“Waalaikumusalam.”Awatif menekan butang merah di telefonnya.
“dah habis borak?.”Khairul yang berada disebelahnya menghulurkan beg plastik yang mengandungi majalahnya.Awatif buat mata tajam.Dengan segeranya Awatif mengambil beg plastic itu.
“terima kasih.Nanti saya bayar balik duit awak.”
 “tak payah bayak balik.buku tu aku belanja.ada hati nak bayar balik.bayar je balik hutang kau yang tertangguh dulu.hahaha…”gelak Khairul dengan kuatnya..
tiba-tiba seorang lelaki memanggil nama Awatif. “assalamualaikum.ini ustazah Awatif ke ni?” Awatif memandang muka lelaki itu.
“ye.ini saya.eh,ustaz Najmi.Ana ingat siapalah tadi.” Khairul hanya melihat sahaja berbualan Awatif dan lelaki itu. Dup,dap.dup,dap. ‘kenapa aku rasa semacam je ni’
********
“jangan..!!!jangan tinggalkan abang Syaf, Hanis .Abang Syaf janji abang Syaf akan teman Hanis sampai bila-bila.Abang janji abang Syaf tak kan tinggalkan Hanis sorang-sorang lagi”Hanis senyum.Hanis melambai abangnya.Semakin lama bayangan Hanis hilang.
RINGGGG….telefon Khairul berbunyi. “Allahuakbar.aku mengigau rupanya”Khairul meraup muka dan mengambil sebiji ubat yang telah dia sediakan dari dulu.Khairul terus ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk tenangkan dirinya.Khairul mengambil telefonnya.Ada miscalled daripada adiknya.Terus khairul telefon adiknya.
“Assalamualaikum.Ape hal telefon abang Syaf ni.Abang nak tidur pun tak boleh ke?”
“Abang Ayaf!!!!!”cepat-cepat Khairul jauhkan telefon dari telingannya. ‘ush,dia dah guna suara veto tu’
“Abang Syaf dah lupa ke nak ambil Niza dekat komuter.Dah 2 jam Niza tunggu..”
“alamak sorry niza.aAbang Syaf tertidur tadi.Tunggu tau.Jangan pergi mane-mane.”Khairul menekan punat merah.Dengan pantasnya Khairul menukar baju yang telah dia sangkutkan di almarinya.Lintang-pukang dibuat. Ish,macam manelah aku boleh lupa pesan mummy tadi.’
Aizad masuk ke bilik Khairul. “Khai,ada budak nak jumpa kau sekarang kat café.kata Aiman dia perempuan.”Aizad memandang Khairul yang seperti tergesa-gesa.
 “kau nak pergi mane ni?kalang kabut je aku tengok?”
“aku nak ambil bakal isteri kaulah dekat komuter..hahaha…gurau je.aku nak ambil niza kejap.dia dah balik dari Terengganu dah.”
“kurang asam jawalah kau ni!!aku jadi adik ipar kaukan,nak?!”marah aizad tapi dalam hati suka.
“hahaha..ape2 jelah.bagitahu dekat budak perempuan tu aku jumpa esok.puluk 10 pagi mesti ada dekat sana dah..okey.aku cau dulu.assalamualaikum..”
Dengan segeranya khairul menuju ke komuter bangi.nasib baiklah jalan UKM dekat dengan  komuter bangi.tak sampai 5 minit khairul sampai disana.muka niza sudah merajuk.
“kenapa lambat?penat tahu tak niza tunggu.nasib baik ada akak tu yang teman.kalau tak…niza tak nak kawan dengan abang syaf lagi”bebel niza dalam kereta.khairul hanya diam membisu.
tiba-tiba khairul gelak. “HAHAHAHA…” terkejut dibuat niza.
“abang syaf ni dah kenapa?”
 “niza nak makan tutti fruity tak?” khairul bertanya. ‘ish,demam ke ape abang aku sorang ni.semalam abang ir yang tak sihat,hari ni pulak abang syaf pulak’ niza tenung khairul yang sedang memandu.
“ni dah kenapa?tahulah abang syaf hensem.hahaha..nak makan tak tutti fruity ni?” terkejuk niza. ‘macam mane abang syaf tahu yang aku tenung dia ni.
 “eee…perah santan lah cik abang oi..naklah..denda sebab ambil niza lambat.padan muka.”niza buat geli gelemai dekat abangnya.
****
“abang nak perisa ape?niza ambilkan.”
“perisan coklat tambah mocha.letak sikit bijirin dengan coklat cair.nah duitnya.” Khairul meghulurkan RM50 kepada adiknya.niza segera menjalankan tugasnya.khairul menuju ke sebuah meja yang telah disediakan.khairul mengambil telefonnya yang berada di poketnya.ada 90 sms whatsapp dari kawannya.dia membaca satu demi satu.
“abang syaf,nilah akak yang teman niza kat komuter tadi.comelkan dia.”khairul yang sedang menghadap telefon itu pun mendongak kepalanya. ‘eh,ni bukan ninja turtle hari tu ke?why are you ni here?’soal khairul dalam hati.
‘eh,ni bukan budak sombong tu ke’soal Awatif pula dalam hati.
 “oooo…thanks..”itu sahaja balasan khairul kepada adiknya.khairul teruskan kembali aktivitinya yang menghadap telefon itu.terkejut niza dengan sikap abangnya.awatif hanya senyum sahaja di sebalik purdahnya.
 “akak,niza minta maaf tau bagi pihak abang niza ni.dia ni memang pelik sikit hari ni”bisik niza kepada awatif.tiba-tiba,..
 “aip,jangan bukak aib abang hari ni..kalau tak bayar balik aiskrim ni”
“allahuakbar..abang syaf.terkejut niza tahu tak.ingatkan tak dengar.tak ikhlas!!” niza melunjurkan lidahnya kepada khairul.awatif seperti mahu tergelak saja melihat aksi dua-beradik ni.
“akak,niza nak join boleh tak program akak. lagi pun,niza tengah cuti sem sekarang.”
“insyahAllah boleh.nanti akak tanya ketua akak tau.tapi sebelum tu minta kebenaran ibuayah niza dulu sebab kita bermalam tau dekat sana.”lembut saja bicara awatif
“okey..”
“okeylah.akak balik dulu yer,niza.nanti akak call niza mengenai program tu ye.”awatif bangun dari kerusi dan bersalam dengan niza.
“hutang aku jangan lupa bayar..”khairul tiba-tiba berkata. ‘ish,benda tu pun nak kene ingatkan ke?.aku tahulah budak sombong..’ marah awatif dalam hati.
*****
“Assalamnualaikum…”khairul masuk ke dalam rumah sewa.hanya terdapat aizad dan aiman sahaja yang berada di ruang tamu.mereka berdua sedang bermain PSP kepunyaan aizad.
“waalaikumusalam.eh,kau khai.aku ingatkan zarif dengan izzat tadi.”kata aiman.
“mane yang lain?senyap je rumah ni.korang berdua je ke yang ade kat rumah ni?”khairul duduk disebelah aizad.
 “tak lah.amirul ade dekat atas.membuta je kerja ye.izzatdengan zarif keluar beli domino pizza.zarif nak belanja kita semua hari ni.faris pergi kelas.biasalah budak medic.busy je kerje ye.tapi dia kata on the way nak balik dah.khai,ambilkan aku air oren atas meja tu.”suruh aizad.
“ish kau ni.main je..lepas ni bagi aku main pula.aku nak lawan dengan zarif pulak.”
“beres…. “aizad menunjukkan tanda bagus kepada khairul.telefon khairul berbunyi.khairul menekan punat hijau.
“assalamualaikum.hello.”
“abang syaf,balik rumah sekarang!!!penting sekarang”suara niza dari sana seperti gelabah.

Bersambung….

Ahad, 4 Januari 2015

CERPEN-MUJAHADAH CINTA -PART 1-

“Alhamdulillah..Ya Allah,kau cantikkanlah diriku dan cantikkanlah akhlakku juga”.Selepas memakai tudung labuh berwarna pink dan purdah yang dipadangkan dengan jubah hitam,Awatif mengambil tag  nama pendakwah El Daie di di atas mejanya dan pinkan di tudungnya.Awatif memulas tombol pintu biliknya.Puan Khatijah berada dihadapan biliknya dengan segelas susu segar seperti biasa.
“Eh,anak ummi ni nak pergi mana ni.”Puan Khatijah menghulurkan susu itu  kepada Awatif.Awatif mengambil susu itu dan minumnya.Itulah rutin pagi Awatif.Minum susu setiap pagi.
“Atif nak pergi USIM sekejap.Ada program El Daie sekejap dekat karnival cinta nabi minggu ni ummi..”Awatif menghulurkn gelas yang kosong itu kepada Puan Khatijah.
“oo..okeyAtif balik tak tengah hari ni nanti?”.Tahu sangat Puan Khatijah dengan perangai anaknya dengan program dakwah Awatif.Alhamdulillah,anaknya telah memilih masa lapangnya sebagai pendakwah di syarikat El Daie.sebuah syarikat dakwah terkenal di zaman terkini.
 “InsyahAllah balikTapi lambat sikitlah.dalam pukul 3.00 petang baru balik.”Mereka berjalan menuju ke pintu rumah.
“Em..pergi tu elok-elok ye.Balik pun jangan lewat sangat.Jaga diri.”Awatif bersalam dengan Puan Khatijah.
InsyaAllah ummi.Don’t worry ummi.Allah is always with me.Hehehe.Assalamualaikum..”Awatif bergerak ke arah keretanya yang terletak dihalaman rumah.Awatif masuk ke dalam perut kereta miliknya,Perdua Myvi.Dengan lafaz bismillhhirahmanirahim,Awatif bergerak ke rumah Haura sebelum ke USIM dengan alunan zikirullah Hafiz Hamidun di radio IKIM. “laila ha illa allah..muhammadu rasulullah…”
***
“Aaaaa….geram aku .lantak dialah.puas hati aku selama ni..”marah Khairul ketika membuka pintu rumah sewanya.
 “Opocot mak kau,Khai..”Aizat yang sedang makan mi maggi senang dimasak lazat dimakan(maggi goreng) terkejut dengan amarah Khairul tadi.Nak tergelak dengan telatah Aizat sebentar tadi.
“Woi kau,salam tak bagi,balik-balik je nak marah pe cite?Nasib baik aku tak de sakit jantung,kalau tak… aku kacau kau masa tidur nanti.khai…khai..Khai….”Aizat membuat suara seram. Sempat lagi dalam marah Aizat membuat lawak.
“Assalamualaikum..eee…takutnya aku..ada hantu mat saleh sesat’ dalam rumah aku ni hahahaha..Khairul membuat reaksi takut yang menggedik.Aizat membaling bantal kecil ke arahKhairul tetapi dia cepat berlari ke arah dapur untuk mengambil segelas susu segar.
 “Hahaha..tak kene..”gelak Khairul dari dapur.
 “so,pe cite kau dengan Anis.Jadi kahwin tak?”soal Aizat yang sedang makan maggi sambil tengok cerita korea di laptopnyaKhairul duduk disebelah Aizat.
“Em..macam tulah.Aku ada la ajak dia kahwin tapi dia tak nak sebab ada orang lain.So,tahu-tahu jelah aku kahwin ke tak”Khairul minum susu itu sampai habis.
 “oo…Ade canlah aku nak kahwin dengan Anis ni..Alhamdulillah.hahaha..”
“ish,malas aku nak marah pasal Anis ni.Buat sakit hati aku je.Weh,aku dengar cite ade karnival cinta nabi dekat USIM hari ni.Jom pergi daripada kau layan Running Man ni.Dapat juga kau kenal dunia sebenar ni setelah berabad tahun kau tak keluar rumah..hahaha..”Khairul memberikan cadangan yang bernas.boleh juga dia lupakan Anis.
 “ei..geram aku dengan kau nilah.Sorry sikit yer Encik Muhammad Khairul Asyraf,saya keluar tengok keindahan bumi yang Allah ciptaka hari-hari ye.Berkurung ape kejadahnya..em..keluar..Okey.Beres.Aku pun dah penat hadap muka Jae Suk ni dari semalam.Kau tunggu jap.Aku nak tukar baju.Kita pergi naik kereta kau ye.Motor R2Z aku tengah kat hospital sekarang.”
 “okey”Khairul melayan cerita Running Man sebentar sementara menunggu Aizat menyalin baju.
***
“Atif,apasal kereta depan kita ni bawa kereta macam orang mengantuk je.Dia tidur ke?Aku takutlah..”Haura yang duduk di sebelah Awatif berasa gelisah.Awatif tidak memberikan sebarang reaksi kepada Haura.Awatif memandu dengan kelajuan yang perlahan,tiba-tiba..DUMM…bunyi kuat dari belakang kereta Awatif.Mereka berdua terkejut.
 “Atif,kau dengar tak bunyi tadi?”Awatif angguk tanda ya.
“Haura,jom kita tengok sekejap ade ape dekat belakang tadi.”Awatif membelokkan keretanya di laluan kecemasan.Awatif dan Haura keluar dari kereta dan terdapat dua orang lelaki di hadapan mereka.
 “Maaf cik,kami terlanggar kereta cik berdua.Saya janji saya akan bayar ganti rugi…”seorang lelaki berbaju merah meminta maaf kepada Awatif dan Haura.
“Apasal kau pulak yang minta maaf.Sepatutnya dioranglah yang patut minta maaf dan ganti rugi..”menyampuk pula seorang kawan yang berbaju merah tu.Awatif dan Haura terkejut dengan lelaki itu.
“eh..tiba-tiba je dia ni nak suruh aku ganti pulak.Kereta akulah sepatutnya digantiBukan kereta dia pun.Setakat calar sikit je pun.”marah Awatif dalam hati.Awatif dan Haura diam.Tak tahu nak balas apa.
“Ish kau ni.Tak baiklah.Salah kau jugak tadi.Bawa kereta laju sangat..Maaf ye cik berdua dengan kawan saya”sekali lagi lelaki berbaju tu meminta maaf.Kesian pula Awatif dan Haura melihatnya.Dengan kerenah kawannya lagi.
“em..tak pe Encik….Awatif berhenti sebab tak tahu nama lelaki berbaju merah itu.
“Aizat Adha.just call me Aizat”balas lelaki berbaju merah itu.
 “oo..Encik Aizat.Tak pe dengan kereta saya ni.Calar sikit saje.Encik tak payah ganti rugi.Kalau kawan encik Aizat suruh ganti rugi juga saya akan ganti secepat mungkin.Encik Aizat just telefon saya sahaja nanti sebab kami berdua dah lambat sekrang ni.insyahAllah saya ganti nanti.”Awatif menghulurkan sekeping kad kecil kepada Aizat.
“faham pun ninja turtle ni nak ganti rugi”Khairul bercakap dengan diri sendiri.awatif terdengar suara Khairul.mengirap darah Awatif.
“WHAT!!?he calls me ninja turtle.Allahuakbar.sabar Awatif.”Awatif memujuk dirinya.
“baiklah,kami pergi dulu”Haura meminta izin untuk beredar.Dia tahu Awatif sedang marah.
***
“puas hati kau sekarang.dengan perempuan pun nak berkira.”Aizat marah kepada Khairul yang sedang memandu.Khairul cuma diam sahaja.Hanya kedengaran suara radio yang berbunyi.  Mereka telah sampai ke USIM.Khairul mencari tempat parking kereta.Dia ternampak tempat kosong di sebelah kereta Myvi berwarna biru.
“eh,apasal macam pernah tengok je kereta ni hah?”Khairul bermain teka teki sendiri.
“biarkan sajalah.”
Ramai orang yang datang memeriahkan lagi karnival cinta nabi pada hari ini.yang bujang,berkeluarga,pelajar sekolah,dan warga mahasiswa .terdapat pelbagai Aktiviti yang disediakan seperti ceremah bersama ustaz Don Danial pada malam hari,pertandingan soal jawab biodata nabi bagi dewasa,mewarna dan mengenal nabi anda bagi kanak-kanak dan sebagainya.tidak ketinggalan juga artis-artis tempatan memeriahkan lagi karnival ini seperti Hafiz Hamidun,Raihan,Heliza Helmi,Hijjaz dan ustaz Don Danial.
“ramainya orang,Aizat.kita nak pergi mane sekarang ni?banyak sangat kedai dekat sini.”
“kita pergi kat kedai tulah.syarikat buku telaga biru.yang ada jual buku Muslim Teens,al-ustaz,solusi dengan buku kegemaran kau.”Aizat menunjukkan gerai kecil yang terletak berhampiran gerai baju muslimah.mereka berdua menuju ke gerai telaga biru itu.Khairul membelek-belek majalah al-ustaz keluaran terbaru musim ini.Dia suka sangat membaca majalah al-ustaz kerana terdapat pelbagai persoalan tentang Islam dijawab.Khairul menggambil beberapa majalah untuk dibeli dan dibaca bila waktu lapang.Dia membawa majalah itu ke kuanter bayaran,ringggg…telefon khairul berbunyi menadakan ada panggilan masuk.
“Assalamualaikum w.t.b.hello ibu.apa khabar.?”
“sihat,Alhamdulillah.yup,Asyraf dekat luar sekarang.kenapa ye?”tiba-tiba dia terpandang sepasang susuk tubuh yang dikenal. “ninja turtle tu ade kat sini?dia cari buku ape ye?..em..eh,apasal aku ni?ninja turtle..”bicara hatinya.
“hello Asyraf.kamu dengar tak ape yang ibu cakapkan?”tiba-tiba ibunya menegurnya.Terkejut Khairul. “macam manelah aku boleh berangan masa ibu cakap ni..??”
“dengar,dengar…okey.nanti Asyraf ambil dia dekat komuter”
“waalaikumusalam.”Khairul menyimpan semula telefonnya dan segera membuat pembayaran.Khairul menuju ke arah Awatif dan memberikan salam.Dia bercadang untuk mengingatkan ganti ruginya pagi tadi.Entah mengapa hatinya ingin sekali meyakat Awatif.
“Assalamualaikum ninja turtle..buat ape kat sini.?Jangan lupa hutang anda..”
Awatif yang sedang membelek buku terkejut dan … “Allahuakabar.waalaikumusalam w.t.b……AWAK LAGI!!!!”

Bersambung….

Isnin, 29 Disember 2014

CERPEN-PERGILAH ANAKKU..





Hari ini,Najihah  masih terlantar di atas katil hospital ini.Mukanya pucat.sudah minggu Najihah terlantar di sini.Hatiku sayu melihat anakku.Dia dulu seorang yang sangat periang tetapi pada kali ini dia diam seribu bahasa.Aku menangis melihat anakku.Wahai anakku,ibu tidak sanggup melihat kau sakit begini.Kalaulah ibu boleh mengganti tempatmu,hanya kebahagianmu yang ibu mahu lihat wahai anakku.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terlantar sahaja di atas kalit begini .Anakku menghidap kanser perut tahap 3.Doktor menyarankan kepadaku untuk membuat pembedahan tetapi Najihah tidak membenarkan.katanya...
“ibu,Jihah tak apa-apalah.Ibu janganlah risau.Jihah kan kuat.Kalau buat pembedahan pun belum tentu kita akan sembuh kan ibu  kecuali dengan izin Allah.Jihah dah tahu Jihah dah tak lama didunia ni,ibu”
Kuat sungguh kecekalan dirinya.
Xxxxxxxxxxxxxx
Tanganku seperti ada orang menggerakkannya.Najihah dah sedar rupanya.Dia senyum.Luruh hati ku melihatnya.
“ibu,kenapa ibu sedih ni?tak mau sedih-sedih nanti tak cantik muka ibu tau.”aku mengelap air mataku yang berguguran jatuh dan senyum kepadanya.
“mana ada ibu menangis.ada habuk masuk dalam mata”aku berbohong kedapanya.maafkan ibu ya jihah.
“Jihah nak air.”dia mengangkuk.Aku menghulurkan air kepadanya.Najihah minum dan tiba-tiba Najihah terbatuk kuat.
“ibu,sakit ye tekak Jihah.Jihah tak boleh langsung minum air ini,ibu.”Najihah menahan kesakitan..aku mengambil cawan yang berisi air itu dan letakkannya di atas meja.muka Najihah nampak pucat.
“ibu,Jihah ada satu permintaan boleh tak?”mintanya dengan manja.Sudah lama aku tidak melihat dia bermanja bergini.
“boleh sayang.apa dia permintaan ye?”
“ibu,boleh tak Jihah nak jumpa ayah.Dah lama rasa ye Jihah tak jumpa ayah”aku terkejut dengan permintaan si anak.Bagaimana aku mahu menjawabnya kerana sudah lama aku tidak bertemu dengan bekas suami ku.
“insyahallah Jihah akan bertemu dengannya.”aku menjawab dengan serba salah.Najihah hanya senyum.Matanya kembali tutup.Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.Sudah masuk waktu solat Isyak.Aku bangun ke bilik air dan solat Isyak.Selepas berikan salam aku berdoa.
“Ya Allah Ya tuhanku.kau ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapakan sebagaiman mereka mengasihiku.Ya Allah yang Maha Berkuasa,kau ampunilah dosa anakku yang aku sangat sayangi.Sembuhkanlah dia daripada segala penyakit dan kau berikanlah kesihatan kepadanya.Ya Allah ya kol um.Sesungguhnya aku mahu melihat dia hidup sihat dan bahagia di dunia dan diakhirat Ya Allah.Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk untuk menunaikan permintaan anakku untuk berjumpa dengan ayahnya iatu bekas suamiku .Kau permudahkanlah urusanku.Berikanlah kesabaran untuk menempuhi segala rintangan ini.Robbana atina ftidunya hasanah wafil aahiratil hasanah wakina azabannar.amin ya rabbalalaminAir mataku menitis ke sejadah.Hanya itu yang mampu aku memohon untuk anakku.Aku terlena selepas solat dengan masih bertelekung ku di badanku.
Keesokkan paginya aku bersiap untuk pergi cafe di tempat rehat hospital.aku memandang najihah.Dia masih lena di atas katil hospital itu.Di cafe aku membeli air kosong dan bubur ayam dua.Sedang aku menolak pintu cafe itu,aku terpandang air zam zam.Rasanya sudah lama aku tidak minum aku.Aku segera mengambil sebotol air zam zam dan membayarnya.
Xxxxxxxxxxxx

“Jihah, bangun nak.Ibu ada beli bubur kegemaran  Jihah”Najihah membuka matanya.Dia senyum.
“wah macam sedap je ibu.sayang ibu,”Najihah memelukku.
“Bissmillahirahmanirahim...”tiba-tiba Najihah meminta plastik kosong untuk di luahkan makanan itu.Aku kehairanan.dia menolak bubuk itu ke atas meja.
“kenapa ini Jihah?Tak sedap ke bubur ni?”Aku merasa bubur.Tak masin sangat,tak tawar sangat.
“Jihah sakit tekaklah ibu.Rasa tak boleh tak telan apa-apa rasanya.Sakit sangat ni”Rasa seperti Najihah mahu menangis menahan kesakita di tekaknya.Pintu ditolak.Doktor Anas datang untuk memeriksa kesihatan Najihah.dia senyum.
“oh mak cik dengan cik Najihah sedang makan ye?Maaf mengganggu.Seperti biasa saya akan periksa cik Najihah”Aku mengangkuk.Aku membiarkan sahaja doktor Anas dan pembantunya menjalankan tugas mereka.
“oh.baiklah begitu.Kalau ada apa-apa sakit beritahu saya ye.Mak cik,boleh saya bercakap dengan mak cik sekejap di pejabat saya.”Hatiku berasa tidak rasa senang hati.Kakiku melangkah ke pejabat doktor Anas.
“silakan duduk mak cik.”Dengan muka yang tenang doktor Anas beritahuku.
“begini sebenarnya mak cik, kanser perut cik Najihah kali ni semakin teruk.Pihak hospital perlu membuat pembedahan dengan segera.Saya harap mak cik izinkan kami untuk membedahnya.”doktor Anas memberikan maklumat dengan tenang.
Astaurifllahalazim.Najihah!Anak aku.Aku segera keluar dari bilik doktor Anas dan pergi ke taman yang telah disediakan oleh pihak hospital untuk megambil angin.Sedang aku berjalan-jalan di sekitar taman itu aku ternampak seperti bekas suaminku.Apa yang di buat disini?Mungkinkah anaknya sedang sakit.Tapi kenapa dia memakai kot doktor.Barangkali dia telah berkerja sebagai doktor di sini.
“Firdaus?ini kamukah?”tegur aku kepada lelaki itu.
“ya saya.”dia menoleh belakang dan..
“eh,kamu Salmah bukan?”terkejut dia
“ya saya,Salmah.Apa yang awak buat dekat sini?”
“oh,saya kerja di sini sekarang.Apa pula buat apa disini?”Hati berat untuk menjawab soalan Firdaus.Mungkin ini adalah petunjuk Allah buat diriku untuk Najihah.
“Najihah sakit.Dia ada dekat sini.”
“Sakit!Ya Allah.Dia sakit apa sekarang?”tiba-tiba telefon ku berbunyi.
“Assalamualaikum.mak cik,saya doktor Anas ni.Boleh mak cik naik ke atas sekarang!”
Aku tutup telefon dan segera meninggalkan Firdaus
Xxxxxxxxxxxxxx
Hatiku berdebar-debar.Macam nak lari maraton sahaja.Doktor Anas keluar dari bilik Najihah.Bagaimana Najihah tidak bernafas tadi.Doktor Anas keluar dari bilik Najihah.
“doktor,bagaimana dengan anak saya?”
“sabar mak cik.Seperti yang saya maklumkan sebelum ini pihak hospital terpaksa juga membedah Najihah dengan segera.Badan cik Najihah seperti lemah sahaja.Saya harap mak cik bersetuju dengan kami”Doktor Anas senyum dan pergi menyambung kerjanya.Aku melangkah masuk dan duduk sisi katil.Terdapat wayar sudah dipasang untuk memudahkan Najihah bernafas.Aku menangis melihatnya.Najihah membuka matanya.
“ibu,Jihah tak apa-apalah.Ibu janganlah sedih.Allah kan ada untuk teman Jihah dekat sini.”Aku mengesat air mata.
“ibu,Jihah nak air zam zam tu boleh sebab bila Jihah minum air kosong rasa sakit sangat.May be jihah boleh minum air zam zam”Najihah cakap dengan bisik kepadaku.Aku mengambil cawan dan tuangkan air zam zam dan menolong najihah minum.
“Ya Allah.Sedapnya air ni,ibu.seperti minum air disyurga sahaja.Rasanya bukan seperti air zam zam ibu”Najihah minum air itu sampai habis satu cawan.Alhamdulillah.Sekarang ini dia boleh minun dah daripada air yang lain.
“ibu ada kurma tak.Jihah rasa nak makanlah,dah lama rasanya Jihah tak makan.”aku berfikir.Bagaimana aku nak cari buah kurma musim ni.Pintu ditolak.Oh,doktor Anas rupa.Dia membawa buah tangan.
“ini mak cik saya ada buah tangan ni.semalam saya ada beli buah untuk ibu saya dirumah,kebetulan saya nampak buah kurma ni.Jadi saya belilah untuk najihah.Lagipun buah kurma ni banyak khasiatnya.Ambillah mak cik.Bagi makan dekat Najihah.Mungkin dia mengidam nak makan ke.”gelak doktor Anas dan berlalu pergi untuk menyambung kerjanya.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Aku mengambil buah itu dan berikan kepada Najihah.Najihah makan dengan penuh berselera.Selepas itu Najihah sambung tidurnya selepas makan ubat.
Xxxxxxxx
Keesokan harinya ramai kawan nNajihah dari universiti datang melawatnya.Najihah nampak sungguh gembira walaupun mukanya nampak sungguh pucat.Selepas kawan-kawannya semua pulang aku masuk ke dalam bilik sambil membawa sebuku Al-quran kesayangan Najihah.Najihah meminta aku membawanya dari rumah.
“Jihah nak baca Al-quran ke?”
“taklah ibu.Jihah teringin sangat nak ibu mengajar Jihah hafal surah Ar-rahman.Dah lama Jihah nak hafal suruh ni tapi tak kesempaian.”Aku pun terus membaca surah Ar-rahman sehingga habis.Aku melihat Najihah sudah melelapkan mata.
Pada petang itu,doktor Anas datang seperti biasa untuk melihat Najihah tapi kali ini dia datang bersama Firdaus.Apa yang dia buat di sini.Doktor Anas hanya mendiamkan diri.Firdaus memengang tangan anakknya.
“anak ayah ni dah besar dah rupanya.maafkan ayah ya Jihah sebab selama ini ayah tinggalkan Jihah terlampau lama.”cakap Firdaus kepada Najihah yang sedang lena dibuai mimpi.Terdapat air mata menitis ke tangannya.Najihah membuka matanya.Air matanya mengalir.
“ayah,ayah tak perlu pun minta maaf dekat Jihah.Mungkin ada hikmah disebalik semua ni ayah.”balas Najihah.Air mataku jatuh juga.Tidak tahan aku melihat Firdaus dan Najihah yang terlalu merindukan ayahnya.Semenjak berjumpa dengan ayahnya,Firdaus,Najihah semakin ceria dan banyak bercakap pada kali ini.Hatiku gembira melihat Najihah.Semoga kecerianmu sampai ke syurga,anakku.
Pada suatu malam,badan Najihah semakin lemah.Kanser perutnya semakin teruk.Aku takut kehilangan senyuman Najihah lagi.Najihah sering berkata perutnya seperti mahu meletup sahaja.Sakitnya hanya dia dan Allah saja yang tahu.Doktor Anas terpaksa menyerahkan borang pembedahan kepadaku untuk mempersetujuinya.Yang pasti Firdaus sudah tanda tangan borang ini.Dengan berat hati aku ...
“ibu..Jihah tak perlukan pembedahan pun.Jihah rasa Jihah akan pergi berjumpa Allah terlebih dahulu ,ibu.Sakit ni hanya sementara ibu.Allah kan ada untuk sembuhkan Jihah bila-bila masaIibu jangan risau.Ibu jangan sedih.Jikalau Jihah pergi dulu berjumpa Ilahi,Jihah doakan kita berdua masuk sama-sama dalam syurga Allah.Jikalau Jihah pergi dahulu berjumpa Illahi,Jihah akan tunggu ibu di pintu syurga.Jihah tahu selepas waktu solat ibu selalu doakan Jihah  untuk sembuh.Jihah tahu selepas solat pasti ibu akan menangis kerana Jihah.J ihah rasa gembira ibu.Jihah rasa sedih ibu.Terima kasih kerana sudi jaga Jihah selama ini ibu...”Air mata aku mengalir dengan lebat.Ya Allah,kau tabahkan hatiku ini.Kuatkan semangat aku ini untuk menumpuhi segala rintangan ini.
Pada subuh itu,Najihah megejutkan aku bangun untuk solat subuh.Selepas selesai solat ,Najihah pegang tangan aku dengan penuh erat.Aku merasakan sesuatu yang hendak Najihah luahkan kepadaku.
“ibu..maafkan salah silap Jihah selama ini ya ibu.Halalkan makan minum dan susu ibu selama ni ya ibu.Terima kasih ibu kerana sudi melahirkan Jihah kedunia ni,ibu.Terima kasih ibu kerana sudi menghantar Jihah ke sekolah sampai Jihah berjaya, ibu.Terima kasih kerana sudi menjaga Jihah selama ni,ibu.Terima kasih kerana telah memberikan Jihah kasih sayang yang tidak terhingga.
Ibu..terima kasih kerana sudi menunaikan permintaan Jihah selama ini iaitu berjumpa dengan ayah.Jihah gembira sangat.Jihah harap ibu dan ayah dapat kembali balik seperti suami isteri yang lain.Jihah tak nak ibu hidup bersendirian selepas Jihah dah tak ada.Hanya itu sahaja yang Jihah harapkan untuk ibu bahagia.
Betul cakap orang ,pengorbanan seorang ibu tidak ternilai hatinya.Jihah rasa,Jihah lah yang paling untung sekali didunia ni kerana ada seorang ibu yang sungguh baik.Redhakan pemergian Jihah nanti ya.Jihah sayang ibu sampai bila-bila..”Najihah mencium tanganku dan peluk ku seerat-eratnya.Najihah berbisik kepadaku
“ibu..Jihah sayang ibu sampai bila-bila.”Najihah cium pipiku beberapakali.Najihah baring kembali ke tilamnya.Tepat pada hari Jumaat pada pukul 8:35 pagi,Najihah menghembuskan nafas terakhirnya dengan bantuan mengucap daripada ayahnya,Firdaus.Air mata aku mengalir.Anakku yang aku lahirkan telah pergi meninggalkan aku.Tidak akan ada lagi gurau sendamu,senyuman,manjamu lagi wahai anakku.Akan ibu rindu dengan mu selepas ni.Ibu redha dengan pemergian kau,anakku.Kau pergilah wahai anakku berjumpa Ilahi.Akan ibu kenangmu sehingga hayat ibu sudah tiada..
Tamat...
Ibu,ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu.
Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu sampai bila-bila.