*bismillahirrahmanirrahim*
orite, this evening, ana nak cerita pasal hidayah. percayalah, tak semua manusia adalah baik dari awal lagi. ada je yg jahat sebelum ini. tetapi mereka tiba2 berubah kan?? pelik tak??
tak pun.
=P
ana pun macam itu. ana rasa, diri ana sungguh jahil sebelum ni. sekarang pun tak banyak sgt ilmu tapi dah semakin bertambah.alhamdulillah.
kekadang tu , apabila antum nmpak sorang hamba Allah ni mcm tak mengamalkan agama langsung. antum jangan pandang rendah terhadap dia. patutnya, sebagai seorang saudara islam, kita kena bimbing dia ke arah kebenaran, contohnya dengan memberinya nasihat yang baik, menjadi contoh yang baik kepada dia. takkan kalau nak bimbing dia, kita sendiri tak mengamalkan en?? itu gunanya DAKWAH. bukan ustaz2, muallim,muallimah shj yg kene berdakwah. malah, setiap orang islam ada tanggungjawab dia sebagai seorang pendakwah. tak kisah la perkara yg didakwah itu besar mana pun, asalkan berdakwah en.
first. kalau nak bimbing/nasihat dia, gunalah perkataan yang baik2 sahaja. jika menggunakan bahasa kasar terus, ataupun marah2, nanti dia tidak akan menerima teguran kita itu. you might even get a sin by using bad language.
second. kita kena tunjuk kt dia, mcm mana nk buat perkara itu dengan betul. contohnya, menutup aurat, solat, adab pergaulan dan sebagainya. kalau kita sendiri tidak tahu, bawalah dia kpd orang yg lebih arif tentang perkara itu. jangan smpai kita ajar dia benda yg salah lak. kang kita sendiri yg dapat dosa.
third. let's say kalau dia dh try buat tu. kata susah la, takut x ikhlas la, malas la. we give them some time to adjust their new knowledge. dan kita ckp kt dia. "awak, mula2 tu mmg susah .lama-lama, insyaAllah nanti awak akan biasa, dan semakin merasa nikmat dan fadhilat solat awak itu sehingga awak yakin yg solat itu dpt mencegah drpd perbuatan keji dan mungkar.selepas solat awak diperbaiki, insyaAllah semua amalan yg awak lakukan Allah akan terima." :) dan dengan itulah, dia akan mula berusaha memperbaiki diri sendiri.
forth. okay, kekadang tu en. kita dah cuba sedaya upaya untuk membimbing dia. tapi akhirnya, tiada hasil. jangan putus asa sebab bukan kita yg menentukan nasibnya kelak. maybe, Allah tak bagi dia hidayah lagi. Hidayah itu penting tau. rahmat pun sama. tapi kenalah terus mendoakan kebaikan untuk dia. contohnya; Nabi selalu doa supaya seorang sahabatnya (dh lupa, astarghfirullah) mendapat hidayah. akhirnya beliau dpt juga hidayah drpd Allah swt.
dan, ada kekadang tu..kita dh bimbing dia. akhirnya, dia mengamalkan juga. dan jangan bangga sangat. sebab ingat, bukan kita yg menjadikannya seorang yg baik. Allah yg memberi hidayah kepadanya. kita hanya perlu bersyukur sahaja dan terus membimbing dia sehingga akhir hayat. Itulah persahabatan yg dinamakan "Ukhwah fillah abadan abada" .
Pesanan daripada ana: jangan TAKNAK ubah nasib diri sendiri dahulu sebelum Allah ubahkan. sebab everyone has to change. berubah ke arah kebaikan. you have to change urself somehow. islahkan diri , apa kekuranganku?? walaupun kita ada 1000 kebaikan, 1 keburukan; pandang keburukan itu. kalau sahabat kita ada 1000 keburukan, 1 kebaikan; pandanglah kebaikan itu.
bimbing diri sendiri dahulu sebelum orang lain. :)
sekian, ma'assalamah wa ilalliqa'. -ukhti aisyah-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan